Tuesday, April 21, 2009

penjara???



HULU KLANG: “Hukuman ini sebagai satu dakwah kepada Ako dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan dilarang agama,” kata Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadap pelakon terkenal, Ako Mustapha.Ako Mustapha atau Muhaizat Ahmad Mustapha, 37, disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita bukan beragama Islam.Pelakon itu dituduh berkhalwat dengan jurusolek artis, Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa, jam 1.20 pagi, 27 Jun 2007.Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jdkan ia iktibar kawan2...

0 comments: